Menurut laporan daripada WhichCar, Nissan Z dengan spesifikasi yang paling tinggi itu didatangkan dengan beberapa kelengkapan eksklusif, seperti contoh layangan warna dua tona Ikazuchi Yellow dengan bumbung hitam, angkup brek berwarna kuning, serta rim aluminium aloi tempa bersaiz 19 inci berwarna gangsa.

Difahamkan, Nissan Australia hanya membawa masuk kira-kira 100 unit sahaja Nissan Z Proto Spec dengan harga jualan yang sedikit tinggi berbanding model asas, iaitu AU$80,700 (RM255,273).
Menurut Pengarah Urusan Nissan Australia, Adam Paterson berkata, "Saya amat teruja untuk mengesahkan kesemua unit Nissan Z Proto Spec telah pun habis terjual.
"Nissan Z merupakan ekspresi muktamad bagi kereta sports Nissan, dan kami menjangkakan permintaan yang kuat untuk kenderaan yang sangat istimewa ini.

Dalam pada itu, para peminat masih lagi boleh menempah Nissan Z 2023 versi standard yang boleh dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, atau automatik sembilan kelajuan dengan harga jualan bermula dari $73,300 (RM231,865).
Seperti pasaran lain, harga jualan Nissan Z di Australia juga ternyata jauh lebih murah berbanding pesaing rapatnya Toyota GR Supra.
Sumber: WhichCar