Nissan Z GT4, enjin VR30DDTT talaan NISMO, sedia untuk berlumba pada 2023

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Z GT4
Nissan Z GT4
Nissan dan sukan permotoran mempunyai hubungan yang kuat dan aksi di litar boleh dilihat di dalam pelbagai perlumbaan di antaranya Formula E dan Super GT.

Manifestasi sukan permotoran juga diterjemah ke jalanan melalui model NISMO sehingga kereta elektrik LEAF pun menerima talaan istimewa.

Jika sebelum ini Nissan dan NISMO tampil dengan Z GT500, kini ada alternatif mampu milik buat pasukan perlumbaan iaitu Nissan Z GT4.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan Z GT4

 

Kereta lumba GT4 merupakan kereta hari litar (track day) yang disiapkan oleh pengeluar dan ditawarkan kepada umum.

Pasukan juga boleh membangunkan kereta sendiri berasaskan kereta produksi yang dihasilkan oleh pengeluar.

Untuk projek ini, Jabatan Perlumbaan NISMO menggunakan Z versi jalanan dan menala enjin standard VR30DDTT.

Di dalam keadaan standard, enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar itu berkuasa 400 hp dan daya kilas 475 Nm.

 

Nissan Z GT4

 

Selain enjin, NISMO turut mempertingkatkan casis, suspensi dan aerodinamik kereta mengikut had yang ditetapkan untuk kereta GT4.

Kokpit kereta pula dibuat supaya bersesuaian untuk semua jenis pelumba dan boleh digunakan pelbagai kategori pelumba sama ada amatur mahu pun profesional.

Secara asasnya spesifikasi kereta GT4 hampir menyamai kereta produksi tetapi dengan pengurangan komponen untuk menurunkan berat kereta.

Semestinya dipasang ialah rangka keselamatan dan sistem pemadam api.

 

Nissan Z GT4

 

Bahagian luar kereta dilengkapi splitter depan, canard dan spoiler GT di belakang. Kedua-dua sisi bonet ditebuk untuk laluan udara.

Program pembangunan Z GT4 dibuat di kemudahan kejuruteraan NISMO dan melalui pelbagai sesi litar termasuk sebagai kenderaan ujian di Perlumbaan 24 Jam Fuji pada Jun lalu.

Kereta ini juga digunakan pada Siri Super Taikyu di Motegi dan pelbagai lagi. 

Lebih banyak perincian ubah suai dan spesifikasi akan didedahkan pada SEMA 2022 November depan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin Kredit foto: Nissan

 

Nissan Z GT4

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Nissan Z GT4 kini membawakan liveri unik…
Berita Global
Namun, ia bukan sekadar varian 'standard' semata-mata, memandangkan Nissan juga mempunyai…