Nissan Z jauh lebih murah berbanding GR Supra di Jepun, dari RM176k

oleh Mohamad Hanif|
Nissan telah pun melancarkan secara rasmi model kereta sports pacuan roda belakang generasi baharu Nissan Z untuk pasaran Jepun, di mana penjualannya dijadualkan bermula pada Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti GR Supra yang boleh didapati dalam dua versi enjin, Nissan Z 2023 pula hanya ditawarkan secara eksklusif dengan nadi bentangan V6 berkuasa 400 hp yang boleh dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik sembilan nisbah kelajuan.

Biarpun dengan kuasa kuda yang jauh lebih tinggi, namun Nissan Z adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan GR Supra.
 

Nissan Z


Di Jepun, model asas Nissan Z dijual pada harga bermula dari 5,241,500 yen (RM176,421), atau 246,000 yen (RM8,280) lebih murah berbanding GR Supra dengan nadi empat silinder sebaris 2.0 liter.

Jika anda melihat kepada perbandingan yang lebih seimbang, GR Supra dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter pula dijual pada harga 7,313,000 yen (RM246,144), dan pada julat harga tersebut anda boleh mendapatkan Nissan Z Version ST Automatic berharga 6,462,500 yen (RM217,518).
 

V6


Secara standard, varian asas dan T Automatic mendapat rim aluminium bersaiz 18 inci, manakala varian S, ST Manual dan ST Automatic pula mendapat rim aluminium Rays bersaiz 19 inci, angkup brek aluminium, serta LSD.

Varian ST mendapat kelengkapan ekstra seperti upholsteri kulit tulen dan fabrik seakan suede, tempat duduk berkuasa serta sokongan tulang belakang.

Jadi, baik beli?

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun yang paling mencuri tumpuan pada ketika ini ialah hasil kerja yang diperlihatkan oleh Liberty…
Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…