Nissan Z Proto bakal muncul 16 September ini!

oleh Mohamad Hanif|
Bertentangan dengan laporan terdahulu yang menyebut generasi baharu Z tidak akan memunculkan diri sehingga tahun 2022, Nissan nampaknya bakal memberikan hadiah lebih awal kepada para peminat kereta sports Z.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video teaser berdurasi hampir seminit itu mendedahkan nama pengganti Nissan 370Z yang digelar sebagai 'Nissan Z Proto', di mana ia akan membuat kemunculan rasmi pada 16 September ini.

Video tersebut dimulakan dengan imbasan memori model-model yang terdahulu, iaitu Nissan 240Z, Nissan 280Z, Nissan 300ZX Z31, Nissan 300ZX Z32, serta Nissan 350Z, dan tidak ketinggalan Nissan 370Z.

Pada saat-saat akhir video tersebut, Nissan turut memaparkan teaser model baharu tersebut yang menampilkan lampu nyalaan siang LED, serta silhouette garis badan kereta sports yang bakal menjadi pesaing kepada Toyota GR Supra itu.

Tiada sebarang perincian didedahkan, namun Nissan Z generasi baharu (nama tidak rasmi 400Z) bakal membawakan nadi 3.0 liter turbo berkembar V6 yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda diambil daripada Infiniti Q60.

Nissan juga dikatakan bakal menawarkan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.

 

Baca: Empat Perkara pasal Nissan 400Z
Baca: Adakah ini imej sebenar Nissan 400Z?

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, jentera terbaharu ini bakal digunakan oleh pelakon Fast & Furious, Sung Kang dalam…
Berita Global
Umum juga mengetahui bahawa rekaan sebenar versi produksi Nissan Z (atau Nissan 400Z berdasarkan…
Berita Global
Meskipun gambar tersebut dilihat kabur (atau sengaja dikaburkan), ia menampilkan tempat duduk yang…