NNCP: 14 buah kertas cadangan telah diterima kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
Ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung, kerajaan mengumumkan sehingga kini terdapat 14 buah kertas cadangan daripada sektor swasta berhubung projek kereta nasional yang ketiga (NNCP).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata, projek kereta nasional tersebut bakal dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta manakala kerajaan pula akan memberikan bantuan pilihan berdasarkan kepada keupayaan syarikat tersebut. 

"Saya percaya saranan untuk menjalankan kajian impak ekonomi terhadap projek tersebut boleh diterima dengan adil, akan tetapi kita perlu mendapatkan arah tuju yang lebih jelas terlebih dahulu oleh kerana kita masih belum mengkaji dengan lebih teliti cadangan yang diberikan.

 


"Dalam usaha untuk melaksanakan kajian tersebut, kita perlu mendapatkan penjelasan terlebih dahulu terhadap Dasar Automotif Negara," ujar beliau ketika menjawab soalan tambahan daripada Wong Chen (Pakatan Harapan-Subang) di Parlimen.

Sebelum ini Wong telah meminta kerajaan untuk menghasilkan laporan kesan ekonomi ke atas projek kereta nasional ketiga. 

Menjawab soalan pertama, Dr Ong menjelaskan kerajaan sedang meneliti Dasar Automotif Negara yang mana kali terakhir ia disemak adalah pada tahun 2014.

"Semakan tersebut akan melibatkan proses menyeluruh, bukan sahaja melibatkan projek kereta nasional ketiga, malah ke atas industri secara keseluruhannya," ujar beliau. 
 


Dr Ong menambah projek tersebut akan meningkatkan lagi keupayaan negara dalam bidang penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu di dalam sektor automotif. 

Sebelum ini kerajaan telah membuka cpeluang kepada mana-mana pihak yang menunjukkan minat terhadap projek kereta nasional ketiga untuk menghantar kertas cadangan sebelum tarikh 15 Oktober 2018.

 

Sumber: TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Memetik laporan daripada MalayMail, dana yang diperuntukkan tersebut pada mulanya disediakan untuk…
Berita Domestik
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut meminta Perusahaan…
Berita Domestik
Turut disediakan lubang intipan sebesar sebuah peranti pintar bagi memberikan peluang kepada…