Nombor pendaftaran A A kutip bidaan lebih 24 juta

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencatatkan hasil kutipan keseluruhan RM24 juta bagi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri A A yang dibuka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 pada 19 April hingga semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata bidaan itu mendapat sambutan luar biasa dengan jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri terbabit seramai 24,470 orang dan sebanyak 6,746 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

"Berdasarkan kepada rekod bidaan, NPI Siri A A yang dibida dengan harga paling tinggi ialah A9A dengan nilai RM902,020.

"Seterusnya, bidaan kedua tertinggi adalah A11A dengan harga bidaan RM703,007, diikuti A8A berada pada bidaan ketiga tertinggi dengan nilai RM700,000. Kemudian, A7A adalah NPI keempat tertinggi dengan nilai bidaan RM502,000 dan kelima tertinggi A2A dengan nilai RM490,888," katanya.

Loke berkata, lima nombor paling banyak dibida adalah A51A seramai 40 pembida, A101A (31 pembida), A8118A (29 pembida), A1881A (27 pembida) dan A19A (27 pembida).

"Terima kasih dan tahniah kepada pembida yang berjaya menerima keputusan rasmi semalam. Terima kasih juga kepada semua yang menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.

"JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mengikut seksyen ini, mereka yang didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman termasuk denda antara…
Berita Domestik
MADANI 6 merupakan NPI yang dibida dengan harga paling tinggi iaitu RM68,888, diikuti MADANI 5 (…
Informasi
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli…