Nombor pendaftaran pertama di Malaysia asalnya dari Perak

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 1902, seorang peniaga bernama Eu Tong Sen telah diiktiraf sebagai pemilik kenderaan bermotor yang pertama membawa masuk kereta ke Tanah Melayu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun pada ketika itu, tidak wujud sistem pendaftaran yang seragam memandangkan kuasa tersebut dipegang oleh ketua polis negeri masing-masing.

Disebabkan itu, Perak menggunakan huruf PK pada setiap nombor pendaftaran yang merujuk kepada singkatan Perak, termasuklah kereta yang dimiliki oleh Eu Tong Sen itu tadi.
 

PK


Selepas era penjajahan Jepun, baharulah wujudnya usaha untuk menyeragamkan kembali sistem nombor pendaftaran kenderaan di Tanah Melayu oleh pemerintahan British.

Sistem yang lebih seragam ini wujud pada tahun 1945 di mana Perak diberikan penghormatan untuk menggunakan abjad A sebagai negeri pertama yang memulakan sistem nombor pendaftaran kenderaan di Tanah Melayu.

Disebabkan turutan itu, Selangor memperoleh abjad B, diikuti Pahang (C), Kelantan (D) dan seterusnya.

A- Perak
B- Selangor
C- Pahang
D- Kelantan
J- Johor
K- Kedah, KV- Langkawi
L- Labuan
M- Melaka
N- Negeri Sembilan
P- Penang
R- Perlis
S- Sabah
T- Terengganu
Q- Sarawak
W- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)

H - nombor pendaftaran teksi
Z - kegunaan tentera

Siapa pula pemilik nombor pendaftaran A1?
 

Claude


Menurut rekod, individu pertama yang berjaya mendapat nombor pendaftaran A1 merupakan seorang arkitek British, Claude Henry Labrooy.

Nombor pendaftaran A1 itu masih lagi wujud sehingga kini, di mana ia kini dimiliki oleh Sultan Selangor yang bertindak memadankan nombor bersejarah itu pada salah sebuah daripada kenderaan milik Baginda.

Sumber: Ipohtown, Iluminasi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
NPI siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50.…
Berita Global
Walaupun bidaan baharu sahaja dibuka, tidak mengejutkan apabila angka bidaan sudah pun melepasi…
Berita Domestik
“Ketiga, M8M dengan nilaian RM450,000, diikuti M9M dengan nilai RM402,004 dan kelima, M6M dengan…