Nombor plat khas ‘UN’ dilancarkan, sasar bidaan cecah RM4 juta

oleh Penyumbang Rencana|
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mensasarkan penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas ‘UN’ dengan bidaannya bermula 13 (Selasa) hingga 25 Jun ini mencecah nilai jualan RM4 juta.


Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Ts. Sharifudin Md. Sharaani berkata, ia apabila nombor plat khas USIM ‘UN’ itu dilancarkan pada Isnin selepas kelulusan penggunaan nombor pendaftaran khas kenderaan itu telah dikeluarkan dan diberikan kepada USIM pada 20 Mac lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Sasaran bidaan nombor plat kenderaan UN ini adalah sebanyak RM4 juta. Ia akan dimanfaatkan dengan tujuan menjana pendapatan untuk membantu pelajar termasuk pemberian biasiswa, mobiliti pelajar, penambahbaikan kualiti penyelidikan dan pembangunan universiti.

“Bidaan plat kenderaan berbeza mengikut nombor bermula daripada RM1,500 hingga RM800,000 bagi plat UN 1 hingga UN 9999 yang akan dibuka bermula esok sehingga 25 Jun pada pukul 12 tengah hari,” katanya selepas Majlis Pelancaran Nombor Plat Khas USIM ‘UN’ di Bangunan Canselori, USIM di Nilai, pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti USIM, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

Sharifudin ketika berucap sebelum itu berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 sebelum ini telah bersetuju bahawa penggunaan nama universiti awam melalui nombor pendaftaran khas boleh digunakan sebagai salah satu sumber penjanaan kepada universiti.

Kombinasi kedua-dua huruf UN ini diambil bagi mewakili huruf ‘U’ yang merupakan awalan perkataan USIM manakala ‘N’ merupakan nombor pendaftaran kenderaan rasmi bagi Negeri Sembilan.

Bagi mereka yang berminat melayari laman web https://www.unplat.com.my bagi melakukan pembidaan nombor pendaftaran UN ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Penjualan nombor pendaftaran kenderaan siri khas itu bermula pada 2019, dan bidaan bermula pada…
Berita Domestik
Susulan liputan SKSPS dinaikkan kepada 90 peratus daripada 80 peratus yang diumumkan kerajaan…
Berita Global
Plat tersebut merupakan salah satu daripada 49 nombor plat untuk direbut pada lelongan oleh jabatan…