Nota di 'bumper' Bezza menghiburkan netizen

oleh Penyumbang Rencana|
Tindakan seorang pemandu menampal nota di bahagian belakang keretanya bagi memberi pesanan kepada pengguna jalan raya yang lain tular di media sosial, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi video TikTok yang dimuat @This.Qied, kelihatan nota tersebut menyatakan bahawa pemandu tersebut baru sahaja mendapat lesen memandu.

“Saya seorang pemandu baharu, tolong jangan hon saya. Sekiranya kamu melanggar bonet kereta ini, kamu bertanggungjawab,” tulis pesanan itu.

Dalam pada itu, perakam video tersebut turut menyoalkan identiti pemandu terbabit. “Siapa pemilik kereta ini? Kenapa comel sangat,” kata Qied di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen video itu pula mendapati rata-rata orang ramai terhibur melihat video tersebut.

Walau bagaimanapun terdapat juga netizen yang menyatakan bahawa idea menampalkan nota seperti itu sangat berguna terutamanya pemandu yang baru belajar memandu.

 

@this.qied65

Sapa owner keta ni..awat comey sangat🤣🤣

♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey