Null Stern tawar bilik hotel sifar bintang - tanpa dinding, bumbung, lokasi depan stesen minyak!

oleh Mohamad Hanif|
Switzerland merupakan salah sebuah negara di Eropah yang menawarkan pemandangan yang cukup mengasyikkan dan menenangkan jiwa-jiwa mereka yang beruang (berwang).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, untuk mereka yang gemarkan sesuatu yang berbeza, sebuah syarikat hotel di sana menawarkan pakej bermalam di sebuah 'bilik' hotel yang agak unik - tanpa dinding dan bumbung yang mampu untuk melindungi anda daripada gangguan privasi dan elemen luar yang lain.

Lebih menarik, bilik hotel sifar bintang ini sebenarnya terletak betul-betul di sebelah stesen minyak di perbandaran Staillon!

 


Menurut Null Stern Hotel, pakej yang tidak menawarkan tempat untuk berehat dengan tenang dan aman ini mampu untuk memberikan sebuah ruang yang mampu mencetuskan kesedaran terhadap isu semasa seperti perubahan iklim, ekonomi, keselamatan serta hak sama-rata.

Harga untuk pakej satu malam bermula dari CHF 325 (RM1,493) di mana mereka turut menawarkan kemudahan seperti minuman selamat datang, kudapan organik lokal, pakej sarapan daripada kedai roti tempatan, jus buah segar dan perkhidmatan pelayan.

Selain daripada lokasi di depan stesen minyak, Null Stern Hotel turut menawarkan lokasi lain dengan pandangan panorama yang lebih menyenangkan minda.

Pihak Null Stern turut menyediakan tempahan bilik di Hôtel des Bains de Saillon sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk anda tidur dengan nyenyak berdindingkan stesen minyak dan berbumbungkan langit.