O1 - EV bertemakan retro daripada syarikat pemula Olympian Motors, jarak gerak 490 km

oleh Mohamad Hanif|
Olympian Motors merupakan sebuah lagi syarikat pemula automotif yang mahu mencuba nasib di dalam medan yang penuh dengan jenama-jenama ternama dan jenama yang tidak begitu dikenali.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi model O1, Olympian Motors mahu menawarkan sebuah produk kenderaan elektrik dengan teknologi serba moden, tapi masih lagi mengekalkan reka bentuk klasik dan retro.
 

O1


Ini boleh dibuktikan menerusi rupa paras secara keseluruhan, diikuti dengan rim lidi yang sangat retro, diikuti dengan susun atur papan pemuka yang sangat-sangat minimalis tanpa kehadiran skrin paparan seperti kebiasaan kereta moden masa kini.

Apa yang ada hanyalah gugusan meter dengan rekaan yang sangat asas dan klasik di sebalik roda stereng yang cukup minimalis itu.
 

O1


O1 didatangkan dengan motor elektrik pacuan roda belakang dengan kelajuan maksimum 257 km/j, sementara pek bateri 82 kWh pula membenarkan jarak operasi sejauh 490 km untuk sekali cas penuh.

Menurut Olympian Motors, mereka sengaja membuang 80 peratus daripada jumlah tipikal butang suis yang ada pada ruang kabin kereta moden, di mana mereka lebih mengutamakan ciri kawalan berasaskan arahan suara.

Harga jualan untuk sebuah O1 bermula dari $100,000 (RM437,900) dan pihak Olympian Motors sudah pun mula membuka tempahan dengan wang deposit berjumlah $500 (RM2,190).