OKU, murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar dari wazariwazir
Bermula 15 Feb ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu dapat dilaksanakan melalui penjimatan RM15 juta setahun susulan penangguhan perkhidmatan KTM komuter dari Subang Skypark ke KL Sentral berkuat kuasa pada tarikh sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang serta perkhidmatan antara bandar bagi laluan Gemas-Tumpat.

 

 

Menurut Loke ini turut memanfaatkan 150 murid yang menggunakan perkhidmatan tren antara Dabong ke Kuala Geris di Kelantan setiap hari dengan kadar bayaran RM1 setiap perjalanan.

 

"Perbincangan lanjut akan dibuat untuk meluaskan perkhidmatan tren percuma kepada pelajar sekolah menengah selepas ini bergantung kepada kemampuan kewangan," katanya kepada pemberita ketika hadir mengedarkan pek sambutan Tahun Baharu Cina 2023 kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke utara dan penumpang komuter di KL Sentral pada Jumaat.

 

Mengulas mengenai tren komuter antara Subang Skypark ke KL Sentral, Loke berkata perkhidmatan sejak 2018 yang melibatkan kos RM15 juta setahun itu menerima sambutan kurang memuaskan.

 

Beliau berkata kajian dan pengumpulan data terhadap perkhidmatan melibatkan 32 trip sehari itu mendapati purata hanya 80 hingga 100 penumpang menggunakannya sehari.

 

"Kadangkala kereta api kosong. Permintaan belum ada, kemungkinan selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dinaik taraf ada permintaan lebih tinggi," katanya.

 

Loke berkata empat set tren yang digunakan di laluan itu akan ditugaskan semula dengan dua tren dihantar ke utara bagi menambah trip manakala dua lagi untuk laluan komuter Lembah Klang.

 

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan KTMB kerana mengambil inisiatif menambah trip ETS sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

 

Sementara itu, KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 99,900 tiket perjalanan ETS ditawarkan bagi perjalanan 18 hingga 27 Jan ini.

 

Menurut kenyataan itu sebanyak 99 peratus tiket telah terjual setakat 8 pagi semalam.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…
Informasi
"Melalui program ini, individu terlibat perlu menjalani penilaian pramemandu dan menunggang…
Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata…