OMG Reborn - tetap tampil dengan kelainan yang tersendiri

oleh Mohamad Hanif|
Dianjurkan oleh Olskool.my pada Sabtu lepas (9 November 2019) di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang, OMG kali ini menambah nama Reborn padanya sebagai satu revolusi dalam sejarah penganjurannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah 10 edisi dalam tempoh 10 tahun bergerak secara sendiri, Olskool Mega Gathering atau OMG kembali tahun ini dengan menerima beberapa penajaan, dan sudah semestinya memberi impak yang besar disebalik kejayaan penganjuran kali ini.

Selain daripada pameran kereta-kereta lama, acara tersebut turut dimeriahkan dengan pertandingan Hotwheels yang di kelolakan Hotwheels Collector Penang dan pertandingan mewarna khas untuk kategori kanak-kanak.  

 


Apa yang menarik perhatian adalah hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Toyota Starlet KP61.

Apa yang dapat disimpulkan, OMG Reborn kali ini menerima banyak penyertaan dari negara jiran iaitu Thailand dengan 20 penyertaan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 360 buah kereta klasik

 


Lebih daripada 2000 orang pengunjung telah membanjiri acara OMG Reborn pada kali ini. 
  
Tahniah kepada Ahmad Amirul Asyraff dari Batang Kali, Selangor yang telah berjaya memenangi sebuah Toyota Starlet KP61 bagi acara Olskool Mega Gathering (OMG) Reborn kali ini. 

 


Akhir sekali, pihak pengurusan mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada peneraju utama penganjuran OMG reborn “olskool.my”, para jemputan khas iaitu Utara RD Empire, Moto Buruk Garage dan VW Trush Garage atas kesudian bersama memberi sokongan.

Tidak dilupakan para penaja iaitu TheTwoBrothers, Retro Auto Parts, Atara Racing, 43 Garage, Zokusha Stickers, Pendekar Wrap, Segamat Oldskool Scene dan Back Street Garage. 

 


Senarai pemenang utama:

1. 2 Helai Tshirt dari Tshirt Malaya
Pemenang - Minmie Ferio  (Hatyai, Thailand)

2. Full Wrapping bernilai rm1999 daripada Zokusha Stickers & Pendekar Wrap
Pemenang - Tiwakorn Niyomwit ( Bangkok, Thailand) 

3. Raxer Wheels  (www.raxerwheels.com)
Jenama Malaysia
Model: SF6
Spec: 15x8jj et 15 pcd114.3 x 4
Pemenang - Muhammad Hakimi ( Ipoh, Perak)