OMODA | JAECOO Malaysia Buka Gudang Alat Ganti Baharu di Shah Alam

oleh Qalif Latif|
Berikutan lonjakan pertumbuhan pelanggan dan pengedar, OMODA | JAECOO Malaysia kini mengembangkan lagi keupayaan logistik dan selepas jualan dengan membuka kemudahan gudang alat ganti baharu di Shah Alam. Gudang ini dimiliki dan dikendalikan oleh Cherry Corporate Malaysia, sekaligus menyokong strategi pertumbuhan jenama dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Dengan keluasan binaan 88,000 kaki persegi, fasiliti ini lebih dua kali ganda berbanding gudang sebelumnya dan mampu menyimpan kira-kira 10,000 jenis alat ganti untuk semua model OMODA dan JAECOO yang dipasarkan di Malaysia. Selain itu, ia turut menempatkan stok alat ganti khusus untuk model iCAUR 03 model SUV elektrik premium yang dijadualkan tiba dalam suku ketiga 2025.

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata:

“Gudang pusat Cherry Corporate Malaysia ini memainkan peranan penting dalam menyokong rangkaian pengedar kami yang semakin berkembang sambil mengekalkan standard perkhidmatan selepas jualan bertaraf premium yang dijangkakan oleh pelanggan.”

Omoda

Beliau turut menekankan bahawa pengalaman pelanggan kekal menjadi fokus utama jenama, selaras dengan matlamat OMODA | JAECOO Malaysia untuk menawarkan "kemewahan yang boleh dicapai". Tambahnya lagi, pembukaan gudang ini akan memperkukuh keupayaan jenama untuk menyokong bukan sahaja pelanggan tempatan, tetapi juga operasi eksport yang semakin berkembang ke rantau ASEAN.

Setakat ini, OMODA | JAECOO telah memiliki 45 pengedar sah di seluruh Malaysia, merangkumi jualan dan servis selepas jualan. Dalam masa yang sama, model iCAUR telah mengumumkan 11 rakan pengedar baharu, dengan lebih banyak pengembangan dirancang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian pengedar OMODA | JAECOO Malaysia, layari laman web rasmi atau ikuti platform media sosial mereka untuk perkembangan terkini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Naib Presidennya, Emily Lek, penjenamaan semula ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap…
Berita Global
Omoda Sepanyol merupakan syarikat usaha sama antara Spanish Ebro-EV Motors dan Chinese Chery…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…