OMP - Hanya Otai yang pakai

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara jenama-jenama keperluan perlumbaan kereta, jenama OMP memang tidak begitu dikenali di kalangan penggemar kereta tempatan.

Mereka ini lebih banyak melihat Momo dan Sparco, dua jenama Itali yang tidak kurang hebatnya cuma untuk mereka-mereka yang rajin membaca, mereka akan mencari jenama OMP untuk dibeli dan digunakan.

OMP ditubuhkan dalam tahun 1973 di Genoa, Itali dan ia berasal dari tiga orang adik beradik - Claudio Percivale, Piergiorgio Percivale dan Roberto Percivale.

Nama OMP pula bermaksud Officine Mecchaniche Percivale - Bengkel Mekanikal Percivale.

 

 

Produk pertama ketiga-tiga adik beradik itu ialah besi sangkar "rollcage" untuk Fiat 500. Pasukan lain melihat bagusnya alat itu dan mula memesan dari adik beradik Percivale.

Melihatkan kejayaan produk itu sehinggakan ada yang menjadikan produk mereka sebagai alatan perlumbaan rasmi pasukan perlumbaan, ketiga-tiga mereka bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat.

 

 

Pada September 1973, jenama OMP lahir. Logo OMP bertukar dua kali pada tahun pertama mereka dan terus bertukar.

Pada tahun 1985, logo kuning hitam itu menjadi popular sehingga ke hari ini.

Antara sejarah penting untuk OMP ialah pada tahun 1989 apabila Gerard Berger, pelumba Formula 1 diselamatkan dari kereta lumba Ferrari beliau yang sedang terbakar ketika kemalangan sewaktu di Imola.

Berger menggunakan sut perlumbaan kalis api dari OMP.

 

 

Aryton Senna sendiri menggunakan sut perlumbaan OMP sehingga ajal beliau dalam tahun 1994 di San Marino.

Selain dari itu, juara-juara rally dunia seperti Carlos Sainz, Juha Kankkunen, Didier Auriol, Tommi Makinen semuanya menggunakan sut perlumbaan OMP.

 

 

Peminat Michael Schumacher juga pasti tahu beliau menggunakan sut perlumbaan OMP.

Pada tahun 2008, OMP dibeli oleh SAYE SPA Group dari Sepanyol dan ia amsih menjadi pemilik jenama motorsports ini.

 

 

Pasukan Mercedes AMG Petronas F1 juga menggunakan barangan OMP untuk kereta lumba mereka - tali pinggang keselamatan OMP.

OMP mempunyai litar perlumbaan mereka sendiri untuk kegunaan jurutera mereka dalam membangunkan produk-produk baharu.

Sekarang ini, OMP menghasilkan pelbagai produk - dari kasut pit ke kasut perlumbaan, sut perlumbaan kereta dan gokart, helmet, tempat duduk dan banyak lagi.