Op BENTENG: Tentera Darat terima aset terbaharu Scrambler WMOTO SXR 300cc

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) baru-baru ini menerima sejumlah motosikal scrambler berjenama WMOTO SXR bersesaran 300 cc sebagai aset terbaharu di bawah Op BENTENG.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu hantaran di media sosial rasmi Tentera Darat Malaysia, upacara penyerahan tersebut dibuat di 92 Depot Kenderaan Pusat Kem Batu Kentonmen yang disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain selaku Panglima Tentera Darat.

Penyerahan motosikal scrambler ini merupakan perolehan mobiliti TDM fasa 2.

Turut hadir dalam acara penyerahan tersebut adalah Panglima Logistik Tentera Darat, Mejar Jeneral Muhammad Ariff Soo bin Abdullah, serta penglibatan minima Pegawai Kanan TDM yang sejajar dengan pematuhan SOP dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Penerimaan aset terbaharu TDM ini bertepatan dengan Tonggak Pertama PTD ke-28 iaitu "Kelangsungan Misi dan Kesiagaan" yang memberikan penumpuan kepada perolehan dan penyelenggaraan aset-aset bagi memastikan kesiaggan tempur TDM pada tahap yang terbaik.