Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 9,427 notis saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan setakat semalam menerusi Operasi Hormat Undang-undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur yang dilaksanakan bermula Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam operasi sama sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.

"Kesalahan dilakukan antaranya berhenti di petak kuning, tiada lesen memandu dan ubah suai struktur atau peralatan kenderaan, nombor plat tidak mematuhi spesifikasi, tiada cermin sisi serta lampu brek tidak berfungsi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Operasi terbabit melibatkan kekuatan lebih 1,500 pegawai dan anggota polis serta agensi penguatkuasaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa sebelum ini mengumumkan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur akan dilancarkan bermula Selasa (4 Jun) hingga 15 Jun ini bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya dan menguatkuasakan peraturan lalu lintas di bandar raya ini.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, sebanyak 25,405 saman dikeluarkan untuk kesalahan halangan lalu lintas,; berhenti di…
Berita Domestik
"Kekuatan penugasan pada operasi kali ini membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota dari jabatan…
Informasi
“Bagi kesalahan tiada lesen memandu pula merekodkan 138 saman dengan empat daripadanya pemandu…