Op Lumba Haram dan Mabuk: Lima pelumba haram ditahan termasuk tiga pelajar!

oleh SALINA JALIL|
LIMA penunggang motosikal termasuk tiga pelajar ditahan kerana mempamerkan aksi berbahaya dalam pemeriksaan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Jalan Permatang Pauh di Butterworth, malam kelmarin.


Op Lumba Haram dan Mabuk di dua lokasi berkenaan bermula 11 malam kelmarin bagi membanteras kegiatan lumba haram dan mabuk di daerah Seberang Perai Utara (SPU).


Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menahan tiga pelajar berusia 17 hingga 20 tahun dan dua pekerja kilang berusia 20 dan 23 tahun dalam operasi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Mereka ditahan kerana didapati menunggang motosikal dengan pelbagai aksi yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

 

"Siasatan dibuat mengikut Sekksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Sementara itu, Noorzainy berkata, pihak polis mengeluarkan 47 saman terhadap pemandu kenderaan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

 

"Dalam operasi ini, polis turut membuat ujian saringan alkohol ke atas lima pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol tetapi kesemuanya mempunyai tahap alkohol yang rendah," katanya.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…