Kedua-dua suspek ditahan oleh pegawai dan anggota dari Unit Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had yang ditetapkan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan.
sumber: PDRM