Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, peguam terbabit turut bertindak agresif ketika dalam perjalanan ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dengan menjerit serta menolak bahu anggota yang memandu kenderaannya.
"Lelaki itu merapatkan badannya pada stereng kereta sehingga anggota berkenaan terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengelak berlaku kemalangan," katanya dalam kenyataan, semalam.
Zulkefly berkata, sebaik tiba di Balai Polis Trafik, peguam yang baharu enam bulan berkhidmat itu enggan memberikan kad pengenalan.
"Malah, dia juga tidak mahu mendengar arahan anggota yang bertugas untuk masuk ke pejabat tunda bagi melakukan ujian saringan kedua.
"Selain itu, dia juga enggan menandatangani slip ujian saringan kedua," katanya.
sumber:HM