Op Motosikal Khas: 42 motosikal disita, 757 saman dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|

Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka menyita sebanyak 42 buah motosikal dan mengeluarkan 757 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Motosikal Khas di tiga tol utama, di Melaka pada hari Ahad lalu (29 Jun).

 

Operasi yang telah dijalankan di Tol Air Keroh, Tol Lipat Kajang dan Tol Simpang Ampat itu merekodkan kesalahan tiada lesen memandu serta pengubahsuaian kenderaan terhadap semua pemilik motorsikal yang disita. Kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Pihak polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana penunggang motosikal yang melanggar undang-undang dan ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

 

polis melaka

 

info: PDRM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di KM 68, Jalan Alor Setar-Butterworth…
Berita Global
Selepas empat tahun berdiam diri, Ducati kembali menganjurkan acara globalnya, World Ducati Week (…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, anggota trafik dari Ibu pejabat…