Op Samseng Jalanan - 60 motosikal yang ditahan, 49 saman dikeluarkan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Kumpulan konvoi bermotosikal dari Melaka ke Kuala Terengganu antara yang diperiksa dalam Op Samseng Jalanan di Kuala Berang pada hari Jumaat.


Dalam operasi selama empat jam bermula 10 pagi itu, sebanyak 27 motosikal bersama 32 lelaki itu diperiksa di bawah jejantas di Kilometer 403 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) arah Bukit Besi ke Kuala Terengganu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kumpulan berkenaan antara 60 motosikal yang ditahan pihaknya bersama 70 lelaki yang berusia antara 22 hingga 53 tahun.

 

Menurutnya, sebanyak 49 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik dalam operasi di LPT2 dan di sebuah stesen minyak di Ajil.

"Daripada jumlah itu, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut peraturan merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu sebanyak 17 saman diikuti kesalahan tiada nombor pendaftaran (sembilan kes), ubah suai (lapan kes) dan tiada cermin sisi (tujuh saman).

 

"Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dan sitaan dibuat dalam operasi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah, Inspektor Zainon Abidin Ismail bersama lima anggota," katanya ketika dihubungi.

 

Mohd Adli berkata, operasi berkenaan akan dijalankan pihaknya secara berterusan bagi mengesan pesalah trafik yang melanggar undang-undang ditetapkan.

 

Katanya, operasi dilakukan pihaknya bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya ia dilakukan demi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau berkata, lebuh raya di negara ini yang luas dan lurus menyebabkan ada dalam kalangan rakyat…
Berita Global
Antara yang terlibat termasuklah wakil daripada Hyundai Motor Company itu sendiri, diikuti wakil…
Berita Domestik
"Kemalangan berlaku apabila tiga kereta tersebut dari arah laluan yang sama dan apabila tiba di…