Op Samseng Jalanan - Polis sita sembilan motosikal

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis menyita sembilan motosikal dalam Op Samseng Jalanan bersepadu yang dijalankan di beberapa lokasi kegiatan lumba haram di Balik Pulau awal pagi Sabtu.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan polis turut mengeluarkan 69 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang bermula pada jam 11 malam hingga 4 pagi itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kesemua motosikal itu disita mengikut Sesyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dalam operasi sama, polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun kerana memiliki dadah jenis pil eramin 5 bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan selain memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan kenderaan mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan, operasi itu juga bertujuan mencegah kes curi kenderaan, ragut, pecah rumah dan sebagainya.

Sementara itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan polis menahan seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita berusia 57 tahun kerana disyaki melakukan penipuan pada Jumaat.

Mereka ditahan secara berasingan di negeri ini dan Perak oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial bersabit kes yang dilaporkan pada 2020 dan 2021.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki terlibat kes memperdaya mangsa dalam urusan pembelian tanah, manakala wanita pula disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket dalam urusan jual beli duit syiling secara dalam talian.

"Jumlah kerugian yang dialami mangsa ialah RM2,130 hingga RM10,000 dan polis turut merampas satu telefon bimbit dan sekeping kad sim," menurut kenyataan itu.

Kedua-duanya kini direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh@…
Berita Domestik
  "Dalam operasi pertama bermula 10 malam Jumaat hingga 4 pagi Sabtu, polis menyita lima motosikal…