Op Selamat 17 - 11,325 kes kemalangan, penunggang dan pembonceng motosikal kekal penyumbang utama kes kematian

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebanyak 11,325 kes kemalangan jalan raya direkodkan dalam Op Selamat 17 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bermula 28 Januari hingga 6 Februari lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, statistik itu menunjukkan 26 peratus penurunan berbanding 15,382 nahas dalam Op Selamat 16 pada 2020.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Menurutnya, kemalangan maut merekodkan sebanyak 108 kes, berbanding 133 kes dalam Op Selamat 16.


"Penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi penyumbang utama bagi kes kematian yang direkodkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

 

Sementara itu, sebanyak 308,726 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berbanding 271,168 saman pada Op Selamat 16.

 

"Sekali gus merekodkan peningkatan jumlah pengeluaran saman sebanyak 37,558 atau 14 peratus," katanya.

 

Acryl Sani berkata, Op Selamat juga memberi tumpuan kepada keselamatan rumah dan premis yang ditinggalkan semasa perayaan dengan 84,687 rondaan dilakukan.

 

Menurutnya, sebanyak 326 kes pecah rumah dicatatkan seluruh negara iaitu penurunan sebanyak 35 peratus, berbanding 502 kes pada Op Selamat 16.
 

"Kita juga telah menjalankan beberapa siri tangkapan terutama dalam Operasi Samseng Jalanan dan Op Mabuk yang menjadi kegusaran masyarakat.

 

"Seramai 351 orang berjaya ditangkap bagi Op Samseng Jalanan, 37 orang didapati positif di bawah pengaruh dadah, manakala tangkapan bagi Op Mabuk adalah seramai 204 orang dan disiasat dibawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

Acryl Sani berkata, anugerah kontinjen terbaik dimenangi oleh Polis Kontinjen Negeri Sembilan, diikuti Polis Kontinjen Sarawak dan Polis Kontinjen kedah atas pencapaian yang memberangsangkan sepanjang Op Selamat 17.

 

"Bagi kategori daerah terbaik dimenangi oleh Polis Daerah Hulu Terengganu, diikuti Polis Daerah Bentong dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur," katanya.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, saman yang dikeluarkan pada Op Selamat 17/2022 itu juga memperlihatkan memandu melebihi…
Berita Domestik
  "Dari jumlah tersebut, 219 kemalangan berlaku di lebuh raya, 96 kemalangan di jalan persekutuan…