Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan pada Isnin

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, pada Isnin.


Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam (Isnin).

"Ia diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi," menurut hantaran itu.

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'.

 

-- Bernama