Op Selamat 20/2023 - 12,407 kemalangan direkod, kemalangan maut meningkat 0.7%

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 12,407 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang Op Selamat 20/2023 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bermula 20 hingga 27 April lepas, iaitu meningkat 0.1 peratus atau 11 kes berbanding 12,396 kemalangan pada Op Selamat 18/2022.


Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemalangan maut pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus iaitu 140 kes pada Op Selamat kali ini berbanding Op Selamat tahun lepas iaitu 139 kes, manakala jumlah kematian yang direkodkan pada kali ini sebanyak 146 kes berbanding 145 kes pada Op Selamat 18/2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi penyumbang utama bagi kes kematian yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini dengan mencatatkan angka korban tertinggi iaitu 94 kematian.

"Ini menunjukkan peningkatan sebanyak sembilan kematian daripada 85 kematian yang dicatatkan semasa kempen Op Selamat 18/2022," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 20 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata antara punca kes kemalangan maut disebabkan oleh kecuaian iaitu terbabas sendiri sebanyak 44 kes, diikuti memasuki laluan bertentangan (20 kes) dan keletihan/mengantuk (20 kes).

Sementara itu, Acryl Sani berkata pada Op Selamat kali ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 12,023 laporan balik kampung iaitu 6,856 laporan menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol, Hotline 999 (312) dan Borang Balik Kampung (4,855).

"Sebanyak 71,208 rondaan telah dijalankan ke atas kediaman dan premis-premis yang ditinggalkan melibatkan rondaan MPV (unit kereta peronda), URB (unit rondaan bermotosikal) dan elemen balai.

"Bagi kes jenayah pecah rumah pula, sebanyak 270 kes dilaporkan sepanjang Op Selamat 20/2023 berbanding 266 kes semasa Op Selamat 18/2022 iaitu peningkatan sebanyak empat kes (1.5 peratus)," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Polis Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 4,570 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas pada…