Operasi 6 stesen LRT Ampang/Sri Petaling dihentikan bermula 2 April

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rapid Rail dalam satu kenyataan mengumumkan operasi perkhidmatan LRT di enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling akan dihentikan bermula 2 April 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Stesen LRT yang terlibat ialah Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan juga Sentul Timur.

Ini adalah berikutan tren yang digunakan antara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan atas faktor keselamatan.
 

Rapid


Susulan kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya, tren tersebut tidak dapat kembali ke Depoh LRT Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan semenjak 27 Januari 2023.

Pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspress percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan Bas LRT 11 sedia ada bagi menampung keperluan dan memastikan perjalanan penumpang lebih lancar.

Perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 ini akan beroperasi dengan jumlah bas sebanyak 40 buah dan kekerapan antara 10-15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa.
 

Rapid


Bermula 2 April 2023 juga, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah – LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya) akan ditamatkan.

Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang telah disediakan. Penguatkasaan akan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi memastikan laluan bas ini tidak disalahguna oleh kenderaan lain.

Antara laluan alternatif yang disarankan adalah seperti berikut:

1. Untuk ke Hang Tuah, penumpang boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa

2. Untuk ke Chan Sow Lin, penumpang boleh menaiki MRT Laluan Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa

Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan semua lif di 16 stesen monorel…
Berita Domestik
Laporan Malaysian Insight memetik kata-kata ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Mohad Azharuddin…