Operasi Khas Bulan Perayaan Tahun 2024: Pandu laju kesalahan paling tinggi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Kesalahan memandu melebihi had laju paling tinggi dicatat dalam Operasi Khas Bulan Perayaan Tahun 2024 setakat 13 hari operasi yang bermula 1 Februari lalu di seluruh negara.

Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 19,722 notis dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju daripada jumlah keseluruhan notis yang dikeluarkan iaitu 27,329.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, sepanjang tempoh operasi itu juga, pihak JPJ turut menerima 3,440 kes pelbagai kesalahan menerusi aduan awam yang dimuat naik di [email protected] dan [email protected] bagi tempoh sama.

"Aduan awam ini kita terima banyak melibatkan kesalahan menggunakan lorong kecemasan. Kesalahan ini sangat perlu diambil tindakan kerana mengganggu kelancaran trafik dan kelancaran kenderaan seperti ambulans, bomba, polis dan sebagainya.

"Selain itu aduan melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar sering diadukan kepada kami dan kami akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita ketika menyertai Operasi Khas Bulan Perayaan Tahun 2024 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini pada Rabu.

Hadir sama pada operasi terbabit, Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan dan turut disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Dalam perkembangan berkaitan, Lokman berkata, pihaknya akan mengeluarkan Notis Temu Siasat di bawah Seksyen 114 Akta 333 dalam tempoh tiga hari bekerja kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut untuk hadir ke pejabat JPJ bagi prosedur siasatan dan penyelesaian kes.

 

Sinar Harian