Operasi Khas Bunyi Bising - Ysuku 'Auto Show' kena sita

oleh SALINA JALIL|
Hasrat seorang lelaki menunjukkan kehebatan motosikal Yamaha 15ZR atau lebih dikenali 'Ysuku' yang diubah suai untuk pertandingan pertunjukan motosikal tidak kesampaian apabila kenderaannya itu disita polis.


Lelaki berusia 28 tahun terbabit ditahan dalam Operasi Khas Bunyi Bising oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di ibu kota, malam kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dia yang bekerja sebagai mekanik mendakwa membelanjakan lebih RM15,000 untuk mengubah suai motosikal berkenaan.

 

"Saya buat sendiri (ubah suai) sebab kalau hantar bengkel mungkin kosnya lebih tinggi. Lagipun saya sudah biasa buat ubah suai.

 

"Sebelum ini saya simpan motosikal itu di rumah untuk pertandingan saja. Tapi semalam saya terpaksa bawa yang ini kerana sebuah lagi motosikal digunakan bapa," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media Operasi Khas Bunyi Bising di JSPT Kuala Lumpur.

 

Lelaki itu antara 79 penunggang motosikal yang disaman JSPT Kuala Lumpur atas kesalahan mengubah suai ekzos menerusi operasi yang dilakukan sejak 1 Mac sehingga kelmarin.

 

Sementara itu, Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 2,495 kenderaan diperiksa dan 1,400 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

 

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 79 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas kesalahan mengubahsuai ekzos, sementara 40 saman dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan 90 saman dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kesalahan sama.

 

"Sejumlah 84 kenderaan disita untuk pemeriksaan lanjut. Kenderaan akan diserah semula selepas tindakan menggantikan ekzos dilakukan.

 

"Semua penunggang yang ditahan dan disaman dalam operasi itu berusia antara 18 hingga 35 tahun. Mereka dikesan melakukan pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran dan ekzos bunyi bising melebihi paras bunyi ditetapkan," katanya.

 

Beliau berkata, tindakan saman bagi ubahsuai ekzos dilakukan mengikut Kaedah 103 dan 109 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

 

Katanya, siasatan turut dilakukan mengikut Seksyen 60 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menerusi perkongsian di laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus…
Pelancaran Motosikal
Menurut Yamaha Malaysia, model Y16ZR 2021 ini akan dijual sekali dengan model Y15ZR yang telah pun…
Berita Domestik
Pemuda yang dikenali sebagai Dani, 24, antara individu yang ditahan dalam operasi yang dilakukan…