Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan keperluan untuk mengenakan fi alam sekitar, bayaran kesesakan kenderaan serta struktur pembayaran parkir apabila sistem jaringan pengangkutan awam sudah lengkap diwujudkan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berhubung hasrat kerajaan mengenakan caj kesesakan memasuki bandar raya Kuala Lumpur setelah MRT3 siap pada masa depan.

Menjawab soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut), MRT3 dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada 2030, dengan fasa pertama dibuka seawal Disember 2028 tertakluk kepada proses pengambilan tanah.
Projek MRT3 merupakan laluan lingkaran yang meliputi perimeter luar bandar raya Kuala Lumpur dengan jarak sepanjang 51 kilometer merentasi rangkaian rel sedia ada termasuklah MRT1, MRT1, LRT, monorel dan KTM Komuter.
80 peratus daripada keseluruhan jajaran merupakan laluan bertingkat manakala 20 peratus lagi adalah laluan bawah tanah.
Sumber: Harian Metro