Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik(JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, lokasi itu kerap dilaporkan berlaku kesalahan potong 'Q' (barisan) dan ia merupakan satu kesalahan lalu lintas yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Menurutnya, melalui pemeriksaan terhadap 51 buah kenderaan, 23 kesalahan memotong 'Q', tiada lesen memandu (5), aksesori (6), lesen kenderaan motor (3) dan gagal menunjukkan lesen (3).
"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan ditetapkan kerana tindakan memotong barisan boleh menyusahkan orang lain," katanya.