Operasi Samseng - 'Superman' dan rakan-rakan ditahan!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tindakan lapan lelaki melakukan aksi merbahaya ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila mereka ditahan dalam operasi di ibu negara pada hujung minggu lalu.


Operasi Samseng Jalanan itu dilakukan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) diketuai Inspektor Solihi Shafie pada 12.30 tengah malam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam operasi di Lebuhraya AKLEH, pihaknya menahan tiga lelaki berusia antara 14 hingga 23 tahun yang melakukan aksi 'superman'.

 

"Siasatan mendapati dua daripada lelaki itu masih bersekolah, manakala seorang lagi bekerja di sebuah restoran makanan segera," katanya dalam satu kenyataan.

 

Menurutnya, pihaknya turut menahan lima lagi remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun kerana melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta bersaing sesama sendiri di AKLEH, awal pagi semalam.

 

"Pemeriksaan pada motosikal mereka juga mengesan beberapa kesalahan seperti menggunakan ekzos bising, tayar kecil, nombor pendaftaran 'fancy' selain tidak mempunyai lampu depan dan belakang.

 

"Semua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…