Operasi "trade plate" palsu: JPJ Selangor keluarkan 101 notis saman

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 101 notis saman terhadap pemilik kenderaan yang salah guna Lesen Perdagangan Kenderaan Motor LPKM atau trade plate. Pengarahnya Nazli Md Taib berkata pihak yang banyak melakukan kesalahan tersebut adalah syarikat kereta terpakai dan bengkel kereta.


JPJ Negeri Selangor telah menjalankan Operasi Khas Trade Plate. Operasi ini telah diketuai oleh Tn Mohamad Hafiz bin Usman, Ketua Bahagian Penguatkuasa dan anggota Unit Operasi, Unit Penguatkuasaan Overloading serta Unit Penguatkuasaan Bermotosikal JPJ Negeri Selangor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lesen perdagangan kenderaan motor (LPKM) atau lebih dikenali sebagai ‘trade plate’ adalah lesen yang dikeluarkan untuk membolehkan sesebuah kenderaan motor tanpa lesen kenderaan motor (LKM) digunakan di atas jalanraya berkaitan tujuan pembuatan, pembaikan atau perniagaan kenderaan motor.

 

Kelulusan permohonan bagi mendapatkan trade plate hanya diberikan kepada syarikat perniagaan yang dikategorikan sebagai pembuat kenderaan, pembaiki kenderaan dan peniaga/pengedar kenderaan sahaja.

 

Hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan mendapati kebelakangan ini terdapat banyak ketidakpatuhan peraturan yang telah dilakukan oleh pemegang trade plate.

 

Satu operasi khas telah diatur gerak dan menyasarkan sekitar kawasan PUSPAKOM bagi mengesan kesalahan seperti trade plate palsu, trade plate tamat tempoh, menggunakan trade plate syarikat lain, menggunakan trade plate selain tujuan yang ditetapkan dan tidak pamer trade plate hadapan atau belakang.

 

Sepanjang operasi ini dijalankan, sebanyak 79 buah kenderaan telah diperiksa dan 41 kenderaan telah diambil tindakan. Sebanyak 79 Notis saman JPJ(P)22, 8 Notis PG1, 7 Notis Arah Periksa 61(1), 5 Notis Temusiasat 114 dan 5 Notis Penyitaan Dokumen 108(5) diatas kesalahan menggunakan trade plate palsu telah dikeluarkan sepanjang operasi.

 

Hukuman bagi kesalahan ‘menggunakan trade plate palsu’, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM5,000.00 dan tidak lebih dari RM20,000.00 atau penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 5 tahun dibawah Seksyen 108(3) APJ 1987. Selain itu, kenderaan yang didapati menggunakan trade plate palsu juga boleh disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.

 

Pemilik syarikat yang telah mendapat kelulusan menggunakan lesen perdagangan kenderaan motor (LPKM) atau trade plate diingatkan supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan serta memastikan tidak menyalahgunakan trade plate untuk tujuan sewaan atau lain-lain tujuan yang menyalahi undang-undang. Advokasi dan penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan peraturan berkaitan dipatuhi.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dan tidak mempunyai insurans…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, selain LKM tamat tempoh, kenderaan tersebut juga tidak…
Berita Domestik
Beliau berkata, lori paling berat yang ditahan dalam operasi itu adalah membawa muatan 'pilling'…