Oppo kini berminat untuk menceburi industri automotif

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Xiaomi dan Huawei, sebuah lagi syarikat pengeluar peranti pintar Oppo diberitakan berhasrat untuk memasuki dunia automotif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut beberapa laporan dari China, Chen selaku pengasas bersama merangkap ketua eksekutif Oppo dikatakan merupakan individu yang bertanggungjawab bagi memulakan projek automotif syarikat itu.

Bagi memperkukuhkan lagi perancangan tersebut, beliau juga telah pun mula melantik beberapa individu penting daripada rantaian bekalan automotif.

"Walaupun di dalam industri pembuatan kenderaan, kami akan memfokuskan di dalam bidang yang dapat dilakukan oleh OPPO dengan baik," ujar beliau seperti yang dilaporkan oleh Car News China.

Chen sebelum ini dilaporkan telah pun berbincang dengan pengeluar bateri CATL, selain menubuhkan pasukan pakar pemanduan autonomi yang turut menampilkan Eric Guo yang pernah sebelum ini berkhidmat dengan syarikat pemula EV China Xpeng.

Selain daripada itu, Oppo juga diberitakan menjalankan kajian berkaitan dengan bidang automotif di pusat penyelidikan Chengdu, China serta mempunyai beberapa paten berkaitan dengan pemanduan autonomi seperti kamera dan peranti pengukuran jarak.

Apa pula kata Apple?

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
  Salah satu kaedah yang dipraktiskan oleh syarikat China ialah menguasai syarikat ternama…