Ops Bas Sekolah - Tayar botak, cermin retak antara kesalahan tertinggi

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Menggunakan tayar botak selain cermin pada bahagian hadapan serta penumpang retak antara kesalahan tertinggi dikesan dalam Ops Bas Sekolah di sekitar Puchong pada Rabu.

Tindakan segelintir pemandu van sekolah yang tidak peka terhadap keselamatan diri dan penumpang itu turut memberikan alasan sibuk selain tiada masa untuk menghantar kenderaan ke bengkel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 9 pagi sehingga 1 petang itu disertai seramai 21 pegawai dan anggota.

Beliau berkata, operasi ini dijalankan secara statik dan rondaan di beberapa lokasi tumpuan di sini.

"Pemeriksaan dijalankan melibatkan 101 bas dan van sekolah, 21 kenderaan terlibat diambil tindakan sitaan.

"Selain itu sebanyak 46 notis saman dikeluarkan dengan kesalahan teknikal mencatatkan saman tertinggi selain tiada lesen memandu, salah guna cukai jalan dan pelbagai kesalahan lain," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan tindakan segelintir pemandu van sekolah ini tidak menghiraukan aspek keselamatan ketika membawa penumpang.

"Penggunaan tayar botak selain cermin retak memberikan risiko kepada pemandu dan penumpang.

"Operasi ini secara langsung bagi memastikan van sekolah dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh pelajar sekolah serta pematuhan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, pengusaha van sekolah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

 

- tahap keselamatan dan nyawa anak-anak ke sekolah jangan diambil mudah -

 

Sinar Harian