Ops JPJ dan JPSM - 35 saman dikeluarkan di Gua Musang

oleh SALINA JALIL|
gambar dari JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bersama-sama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah melaksanakan Operasi Khas sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 di Gua Musang, Kelantan pada 26 dan 27 Januari 2022 lalu.

 

Menerusi operasi itu, 41 buah lori telah diperiksa.

 

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 35 Notis Saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, tiada lesen Volasional GDL, lebih muatan, membawa muatan secara bahaya dan membawa muatan menjulur.

 

JPJ dan agensi terlibat akan terus melakukan operasi sebegini dalam usaha menjadikan jalan raya kita lebih selamat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
JPJ dalam kenyataan media berkata, pematuhan ini penting bagi memastikan tahap keselamatan di jalan…
Berita Domestik
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kesalahan utama yang dilakukan oleh pemandu kenderaan…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata inisiatif ini diwujudkan bagi membantu rakyat Malaysia…