Ops Lejang - ‘Tayar sotong’ antara 286 motosikal masuk 'perangkap' JPJ

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook JPJ Pulau Pinang
Sebanyak 722 buah motosikal diperiksa manakala 286 daripadanya telah dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam operasi Ops Lejang baru-baru ini.


Menurut agensi tersebut, operasi itu dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu berhampiran Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Jalan Persiaran Bayan Indah di Bayan Baru di sini.


Ops Lejang terbabit menyasarkan motosikal yang diubahsuai untuk tujuan menguji kelajuan, berlumba haram atau merempit.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Beberapa kesalahan melibatkan pengubahsuaian motosikal telah dikesan termasuk brek belakang yang ditanggalkan, pengubahsuaian ‘swing arm’, ekzos serta penukaran tayar kepada saiz yang terlalu kecil (tayar sotong).

 

“Kesalahan lain adalah penggunaan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan ekstrem serta tidak menggunakan cermin sisi ketika menunggang motosikal.

 

“Turut dikesan adalah kesalahan yang melibatkan pemandu bawah umur, tidak memiliki lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

Pemilik dan penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa patuh akan peraturan dan undang-undang selain tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perlumbaan haram serta menunggang motosikal secara melulu sehingga mengundang risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

 

 

Kosmo