Optima Sportswagon terbit di Barat

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kia Motors Europe telah melancarkan varian terbaharu Optima, iaitu version station wagon yang dipanggiol Sportswagon.

Sportwagon turut menampilkan sedikit pembaharuan kepada Optima ini, contohnya bamper hadapan yang diubah sedikit, lampu belakang LED baharu serta lampu hadapan dan lampu kabus yang diolah semula.

Gril Schreyer itu juga sekarang mempunyai kemasan krom terang agar tampak premium.

 

 

Bahagian kabin pula menyaksikan perubahan stereng baharu serta kemasan krom pada konsol tengah.

Pemandu juga boleh memilih warna lampu kabin (ambient lighting) dari enam warna pilihan.

Barisan enjin baharu untuk Optima bagi rantau Eropah terdiri dari enjin 1.6L CRDi (136 PS dan 320 Nm) diesel dan enjin 1.6L T-GDI petrol turbo (180 PS).

 

 

Antara transmisi pilihan di Eropah untuk Optima pula ialah 7-speed dwi-klac auto automatik.

Menurut Kia Motors Europe lagi, jualan Optima di sana menyaksikan perkembangan yang sihat, dari 9,600 unit dalam tahun 2016 kepada 16,800 unit tahun lalu.

 

 

Selain dari Optima sedan dan Sportwagon, Kia Eropah turut menjual Optima GT dan Optima Plug-in Hybrid.

Adakah anda rasa Naza Kia patut membawa masuk Sportwagon ini? Nyatakan pendapat anda kerana mereka memang membaca!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…