ORA perlihat dua buah model, diinspirasikan daripada VW Beetle dan Porsche Panamera!

oleh Mohamad Hanif|
ORA merupakan satu jenama automotif terbaharu yang dibentuk oleh Great Wall, dan bersempena dengan Shanghai Auto Show, terdapat dua buah model yang diperlihatkan kepada umum, iaitu Punk Cat dan Lightning Cat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Punk Cat

 


Nampak macam Volkswagen Beetle, tapi sebenarnya bukan.

Ia merupakan ORA Punk Cat yang mengambil inspirasi (baca:klon) daripada Volkswagen Beetle, di mana segenap inci rekaan dibawakan pada model Punk Cat ini, seperti contoh bahagian hadapan, rekaan tingkap sisi, malah bampar belakang juga turut menampilkan rekaan yang hampir serupa.

 


Bahagian belakang pula telah diberikan nafas baharu yang lebih moden tanpa sebarang kehadiran liang-liang udara seperti model klasik Beetle.

Elemen yang sama turut diperlihatkan pada ruang kabin di mana roda stereng juga diinspirasikan daripada model asal Beetle.

Namun persamaan itu terhenti pada bahagian seperti corong pendingin hawa dengan rekaan turbin, serta kehadiran skrin infotainmen lebar bertenggek di bahagian tengah papan pemuka.

 

 

 


Lightning Cat


Jika Punk Cat menyerupai VW Beetle, model Lightning Cat ini pula membawakan inspirasi penggayaan daripada Porsche, lebih tepat lagi model Panamera dan 911!

Ini boleh dilihat menerusi rekaan lampu utama berbentuk oval, diikuti dengan ketiadaan gril hadapan.

Sementara bahagian sisi pula menampilkan rekaan rim yang unik, layangan warna dua tona, dan garisan bumbung yang membawakan inspirasi daripada Porsche Panamera.

 


Bahagian belakang pula dilihat membawakan elemen daripada VW Beetle, namun jangan terkejut apabila Lightning Cat ini turut mempunyai sistem sayap aktif yang tersendiri!

Ruang kabin klon Porsche Panamera ini membawakan upholsteri berwarna jingga terang yang boleh didapati pada tempat duduk, papan pemuka, roda stereng serta panel pintu.

 


Roda stereng pula membawakan rekaan yang sporti, sementara di bahagian tengah terdapat skrin infotainmen lebar yang dibantu dengan skrin tambahan pada konsol tengah.

Tempat duduk baris kedua pula dikemaskan dengan warna perang gelap.

Tiada sebarang spesifikasi trenkuasa didedahkan, namun menurut Great Wall Lightning Cat ini dilengkapi dengan motor elektrik berkembar, sistem pacuan semua roda dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat sahaja.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Tujuannya mudah, GWM mahu membina satu hubungan yang lebih baik antara mereka dengan pelbagai…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada tahun 2021, Ora Lightning Cat membawakan penggayaan luaran…
Berita Global
  Berada di Eropah bermaksud bukan boleh dijual begitu sahaja, peraturan keselamatan di sana…