Disebabkan itu juga, wujudnya industri penjualan barangan berupa cenderahati termasuklah nombor plet palsu "AREA 51" yang tidak sepatutnya dipasang pada kereta jalanan.
Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar peraturan jalan raya termasuk mengelat bayar tol dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu menyebabkan pemilik sebenar sakit kepala kerana berdepan dengan pelbagai jenis saman.
Menerusi akaun TikTok, pemilik plet AREA 51 yang hanya dikenali dengan nama Chris mendedahkan masalah timbunan saman yang dihadapinya sejak tujuh tahun lepas yang memberikan kesan kepada rekod pemanduannya.
@area51plate A warning from the owner of the real Nevada AREA 51 license plate. #area51 #licenseplate #uap #ufo #uaptiktok ♬ original sound - Chris 👽
"Saya terpaksa berdepan dengan semua ini," ujarnya sambil menunjukkan kamera ke arah kertas saman di atas lantai.
"Ratusan orang dari seluruh negara melakukan kesalahan bernilai ribuan dollar."
Mujur Chris berjaya mempertikaikan setiap satu saman tersebut, namun masalah gangguan nampaknya menjadi semakin serius.
Dalam satu video berasingan, Chris mendakwa pihak polis Las Vegas telah meninggalkan mesej suara memberitahu satu waran tangkap akan dikeluarkan atas namanya sekiranya beliau tidak memberikan respons segera.
Sumber: The Drive