Tempat beliau kini diserahkan kepada anaknya, Toshihiro Suzuki yang kini memegang jawatan selaku presiden dan CEO Suzuki Motor.
Menurut satu kenyataan seperti yang dipetik oleh Reuters, beliau melepaskan jawatan tersebut bagi memberikan peluang kepada pemimpin muda menghadapi cabaran peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) serta cabaran daripada syarikat seperti Apple dan Tesla.
Namun, beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan kekal aktif di dalam syarikat tersebut dan merancang untuk menjadi seorang 'bukan pesara seumur hidup."
Syarikat automotif keempat terbesar Jepun itu turut mengumumkan pelaburan bernilai 1 trillion yen bagi memfokuskan kepada teknologi EV untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Neutral karbon merupakan keutamaan kami, dan Suzuki tidak seharusnya ketinggalan jauh di belakang trend global ini," jelas Toshihiro Suzuki.
Pengumuman ini dilihat timbul tidak lama selepas Honda melantik ketua unit R&D Honda Jepun, Toshihiro Mibe sebagai CEO baharu bagi memberikan fokus kepada kenderaan elektrik dan mengejar pemain-pemain automotif yang lain yang sudah pun memiliki beberapa produk EV.
Sumber: Reuters