Outlander popular, Mitsubishi jangka raih keuntungan di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi menjangkakan peningkatan keuntungan operasi di Amerika Utara untuk tahun fiskal yang akan berakhir pada 31 Mac 2024.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut ialah populariti model SUV Outlander generasi kedua yang tinggi di pasaran Amerika Syarikat, diikuti dengan pengenalan model Xpander di Mexico.

Selain itu, pendekatan jualan dalam talian juga turut membantu Mitsubishi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di mana mereka mempunyai kadar penembusan pengedar yang agak terhad.

Menurut ketua pegawai kewangan Mitsubishi, Koji Ikeda berkata, "di Amerika Utara, kami tetap berjaya memperkenalkan model Outlander serba baharu pada tahun 2021 biarpun berdepan dengan kekangan sumber disebabkan oleh kekurangan cip semikonduktor.
 

outlander


"Terima kasih kepada daya tarikan produk tersebut, kami menggunakan pendekatan pemasaran digital bagi menjadikan jualan yang lebih berkesan. Hasilnya, jumlah jualan keseluruhan kami meningkat dengan ketara.

Mitsubishi kini mengalami penurunan angka jualan di beberapa pasaran utama.

Seperti contoh, jualan di China menurun sebanyak 50 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Untuk tahun fiskal penuh, kadar jualan menurun 41 peratus di China kepada 48,000 unit, dan 49 peratus di Eropah kepada 61,000 unit.

Jualan di Amerika Utara juga sebenarnya menurun sebanyak 15 peratus kepada 133,000 unit.

Pun begitu, Mitsubishi menjangkakan jualan di Amerika Utara akan meningkat 21 peratus kepada 161,000 unit, diikuti peningkatan 33 peratus di Eropah kepada 81,000 unit.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA),…
Berita Global
Generasi baharu Outlander 2023 yang tiba lewat bulan November tahun lalu menyumbang 20 peratus…