Over Drive temui peminat di pawagam Jepun 1 Jun!

oleh Mohamad Hanif|
Setahu penulis, tidak banyak filem aksi yang berasal daripada Jepun walaupun kita semua tahu betapa besar peranan Jepun itu sendiri di dalam industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin ramai di antara kita yang sudah pun melayan siri Shuto Kousoku, atau lebih dikenali dengan Megalopolis Expressway Trial yang mengisahkan perlumbaan jalanan bertempat di Shuto Expressway yang turut dibintangi oleh Drift King, Keiichi Tsuchiya. 
 


Ataupun siri Wangan Midnight (bukan KL Wangan, bukan Hantu Wangan) yang dibintangi oleh S30Z Akuma no Zetto (Devil Z) dengan Blackbird 911 Turbo, turut mengisahkan siri perlumbaan jalanan yang bertempat di lebuhraya di Jepun. 

Siri Drift juga turut memaparkan aksi perlumbaan berkisar tentang ralli, namun pada hemat penulis, ia tidak cukup untuk memberikan impak kepada penonton. 

Tolak ke tepi kisah yang lalu, kini industri perfileman Jepun hadir dengan manuskrip terbaharu yang digelar Over Drive berdasarkan naskhah asal yang dibuat oleh Sayaka Kuwamura. 
 


Over Drive dibintangi oleh Masahiro Higashide sebagai Atsuhiro Hiyama dan Mackenyu Arata sebagai Naozumi yang berdarah panas dan kedua-duanya merupakan adik beradik di dalam pasukan Spica Racing Factory, memandu sebuah Toyota Yaris Rally.  

Pesaing kepada Naozumi ialah Takumi Kitamura sebagai Akira Shinkai, seorang pemandu yang tenang daripada pasukan pesaing Sigma. 

Kedua-dua pelumba tersebut berharap agar dapat mara ke World Rally Championship (WRC), walaubagaimanapun mereka dilihat selalu bertengkar disebabkan perangai panas baran Naozumi turut memberi kesan kepada cara pemanduan yang kasar dan agak terburu-buru. 
 


Melihat kepada trailer filem yang disertakan, kebanyakan babak perlumbaan melibatkan pelumba dan kereta rally sebenar, ditambah pula dengan perisa percikan api, kepulan debu, aksi kereta terbang, tergelincir, dan terbabas di dalam trek ralli yang mencabar dilihat mampu menyebabkan aliran adrenalin petrolhead mengalir deras. 

Filem ini dijangka menemui para peminatnya di Jepun bermula 1 Jun 2018. 
 

Saksikan rakaman disebalik tabir pembikinan filem Over Drive menunjukkan betapa seriusnya orang Jepun menghasilkan naskhah terbaharu ini.