Padah guna nombor plat 'fancy'!

oleh Penyumbang Rencana|
Tindakan lapan kenderaan menggunakan nombor plat ‘fancy’ memakan diri apabila dikenakan tindakan dalam operasi khas di susur Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), pada Khamis.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Lima kereta serta tiga motosikal itu disaman polis dalam Op Khas Kesalahan Nombor Pendaftaran berkenaan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi yang dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan menjalankan pemeriksaan ke atas 80 kenderaan dan 96 individu.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam berkaitan pemilik kenderaan mempamerkan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

 

“Sebanyak 32 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk lapan berkaitan nombor plat fancy.

 

“JAS turut mengeluarkan tiga notis pemeriksaan terhadap tiga pemandu lori atas kesalahan ekzos,” katanya ketika dihubungi.

 

Tambah Mohd. Iqbal, operasi khas itu dikuatkuasakan bermula 15 sehingga 28 Februari ini.

 

“Penguatkuasaan itu juga susulan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerima banyak rungutan mengenai penggunaan nombor plat berkenaan.

 

“Justeru, semua pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan tindakan,” ujarnya.

 

- standard itu indah! -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, berikutan itu anggota peronda MPV Gerik kemudian melancarkan "Op Kesan" di kawasan…
Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…