Padah lawan arus, penghantar makanan cedera dilanggar SUV

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang penghantar makanan menunggang motosikal melawan arus mengundang padah apabila dia cedera selepas melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di susur keluar Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, pada hari Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu 11.20 pagi.


“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pemandu SUV Proton X70 berusia 40-an berkenaan keluar dari arah pintu utama Maktab PDRM menuju ke tempat kerjanya di Selayang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pada masa sama, penghantar makanan berusia 20-an itu yang menaiki motosikal Yamaha LC menunggang motosikal secara melawan arus ke susur keluar maktab terbabit lalu terlanggar bahagian hadapan SUV berkenaan,” katanya.

 

Ahmad Dzaffir berkata, kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan patah tulang paha kanan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

 

“Pemandu SUV berkenaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

 

“Laporan polis sudah dibuat oleh pemandu SUV berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit satu saat menunjukkan penghantar makanan berkenaan mengambil kotak makanan yang terjatuh selepas kejadian itu tular di media sosial, semalam.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ketua Polis Trafik Tol Bitung, Asisten Komisioner Polis Andy Pradana, sejurus menerima…
Berita Domestik
"Kita mengesan video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda Civic berwarna kelabu dipandu…
Berita Domestik
Katanya, video berdurasi 60 saat itu menunjukkan sebuah kereta jenis Myvi warna kelabu dipandu…