Padah tunggang motosikal curi dengan nombor pendaftaran palsu milik Ketua Pengarah JPJ

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari JSPT KL
Tindakan dua lelaki menunggang motosikal curi menggunakan nombor pendaftaran palsu gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan di sekatan jalan raya di Jalan Titiwangsa Off Jalan Pahang di sini pada Ahad.



Hasil semakan mendapati nombor pendaftaran tersebut milik Ketua Pengarah JPJ Malaysia dan penunggang motosikal tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, kedua-dua suspek terbabit ditahan dalam Op Motosikal Pelbagai Kesalahan sekitar jam 11.30 pagi Ahad.


Dua lelaki tempatan yang menunggang dan membonceng motosikal jenis Honda C-100 berwarna hitam telah ditahan setelah berkelakuan mencurigakan.


Menurut hantaran tersebut, motosikal itu juga masih dilaporkan hilang bersangkut repot di Balai Polis Chow Kit pada 17 Ogos 2022.


JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, kedua-dua suspek  terbabit ditahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan motosikal berkenaan telah disita.

 

 

 

JSPTKL

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke pelantikan Rospiagus sebagai Ketua Pengarah JPJ pada 19…
Berita Domestik
  Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata, angka itu melebihi sasaran 2022 iaitu RM4.21…
Berita Domestik
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, ia bagi mengetahui…