
Rekaan Aerodinamik Bertaraf Muzium
Speedster ini secara asasnya sama seperti Codalunga coupe cuma tiada bumbung. Ia menampilkan rekaan muncung hadapan yang lebar dengan splitter depan bersepadu serta cermin depan yang lebih rendah untuk profil aerodinamik. Jika hujan, pemilik boleh pasang bumbung keras yang disertakan bersama panel kaca besar yang menutup enjin V12 itu dengan gaya.

Bahagian belakang pula menampilkan ekor yang memanjang dan melandai ke bawah sebelum naik semula untuk membentuk spoiler kecil. Lampu belakang seolah-olah terapung dalam panel belakang, dan sistem ekzos 6 muncung disusun 4 dalam bentuk petak serta 2 lagi tersembunyi dalam diffuser belakang.
Kabin Seni Pertukangan Tangan
Ruang dalaman mengekalkan DNA Pagani yang mewah dan penuh ketelitian kulit dijahit tangan, kemasan logam padu yang dikisar halus, serta tombol gear kayu mahogani dengan rivet aluminium. Sistem penukaran gear juga didedahkan, menyerlahkan karakter "old-school" yang penuh interaksi.

Menariknya, terdapat fabrik baru hasil sulaman khas pada tempat duduk, panel pintu dan konsol tengah diinspirasikan dari bentuk muncung ekzos dengan setiap corak sulaman mempunyai sekitar 450,000 jahitan halus.
Enjin V12, Transmisi Manual, Dan Kuasa Buas
Speedster ini dikuasakan enjin 6.0-liter twin-turbo V12 hasil kerjasama dengan AMG, menghasilkan 852 hp dan 811 lb-ft tork (sekitar 1,100 Nm). Kuasa dihantar ke tayar belakang menerusi transmisi 7-kelajuan Xtrac, yang ditawarkan dalam versi automated manual atau full manual.

Ini merupakan model Huayra kedua yang ditawarkan dengan transmisi manual, selepas Huayra Epitome yang diperkenalkan tahun lalu.
Harga? Lebih RM34 Juta…
Pagani tidak menyatakan harga rasmi Huayra Codalunga Speedster, namun model coupe Codalunga terdahulu bermula sekitar USD 7.4 juta (anggaran RM34.8 juta), maka Speedster ini sudah pasti berada dalam liga harga yang sama atau lebih tinggi
Sumber: https://www.caranddriver.com/news/a65336777/pagani-huayra-codalunga-speedster-revealed/