Pagani Huayra dengan warna tema hijau Petronas

oleh Mohamad Hanif|
Tidak banyak kenderaan di atas jalan raya yang menggunakan warna khas hijau Petronas sebagai warna tema. Pada tahun 2014, pihak Mercedes telah mengeluarkan A45 edisi khas Petronas dengan unit penghasilan sebanyak 30 untuk pasaran Jepun sahaja.

Apakah perasaan anda sekiranya sebuah Pagani 'memakai' warna hijau Petronas?


Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Prestige Imports, pengedar kereta mewah di Miami, Brett David mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain. 
 

Oleh kerana beliau mengambil sumber inspirasi daripada Lewis Hamilton, pemandu F1 Mercedes-AMG, beliau mahukan sebuah Pagani Huayra dibina khas berdasarkan warna hijau ikonik Petronas. 
 

 

 

Pagani Huayra tempahan khas ini merupakan antara unit terakhir yang bakal mengakhiri produksi Huayra di kilang Itali. Digelar L'Ultimo, kereta pantas ini menggunakan enjin V12 dari Mercedes-AMG menghasilkan 700 kuasa kuda dan 1000 Nm kuasa tork. 
 

Walaubagaimanapun, blok enjin serta beberapa komponen enjin lain merupakan tempahan khas mengikut kehendak Brett David. 
 

Kereta ini bakal hadir di pengedar Pagani Miami pada bulan Jun ini. 
 

Sumber: duPont Registry melalui Autoblog 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Aerodinamik Bertaraf Muzium Speedster ini secara asasnya sama seperti Codalunga coupe…
Berita Global
Nilu27 dikuasakan oleh enjin V12 dengan redline pada 11,000 rpm, walaupun ia masih boleh ditarik hi…
Berita Global
Memperkenalkan, Huayra Codalunga. Model edisi terhad (dan mahal) ini sebenarnya diinspirasikan…