Pak Belang mati dilanggar di lebuh raya PLUS

oleh Hamimah Hamid|
SEEKOR harimau belang mati selepas dipercayai dilanggar sebuah treler berhampiran Hentian Sebelah Gua Tempurung, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Gopeng.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian terbabit berlaku pada pukul 12.30 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak harimau jantan berkenaan dianggarkan berusia lapan hingga 10 tahun.

“Kami percaya harimau belang itu adalah pemangsa yang sebelum ini dilaporkan menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk di sekitar Kampar.

“Penularan wabak demam babi Afrika (ASF) menyebabkan punca populasi babi hutan turun mendadak di kawasan berkenaan, dan akibat daripada itu harimau berkenaan mula merayau hingga masuk ke kawasan pinggir hutan serta kampung, " katanya. 

Ujar Kok Lim, bangkai harimau belang itu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 12 saat yang memaparkan bangkai seekor harimau belang ditemukan di bahu jalan berhampiran dengan Hentian Sebelah Gua Tempurung di PLUS