Pakar jenayah keselamatan kata cermin gelap sukarkan misi penyelamat dan penjenayah kebanyakannya bermotosikal

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan Astro Awani yang berkongsi pendapat penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Afendi Hashim menimbulkan beberapa persoalan.

Menurut Kamal, penggunaan cermin gelap tanpa had pada kenderaan akan menyumbang kepada peningkatan kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terbabit dalam kemalangan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Ia akan menyukarkan pihak penyelamat kerana ketebalan itu akan memberi kesan kepada keanjalan dan kekuatan permukaan cermin," katanya.

Kamal seterusnya berkata pemasangan cermin gelap tidak harus dikaitkan dengan punca berlakunya jenayah kerana kebanyakan penjenayah menggunakan motosikal.

Beliau juga berkata perbincangan harus diadakan dari semua pihak agar peraturan atau akta dapat digubal secara holistik.

Pendapat Careta, filem cermin gelap tidak tebal, tetapi yang tebal ialah filem cermin sekuriti atau "security film tint". 

Contohnya, filem cermin gelap yang selalu ditampal pada bahagian atas cermin hadapan kenderaan itu memang sama nipis dengan filem biasa.

 

* Laporan asal di pautan di bawah


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cermin-gelap-misi-menyelamat-mangsa-kemalangan-menjadi-sukar-penganalisis-207262#.XNP1NB8RRgg.facebook

Berita Berkenaan

Informasi
Menerusi kajian Miros berjudul "A Study on Automotive Tint Glazing in Malaysia", cermin kereta yang…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mengadakan sidang media selepas pembentangan…
Berita Domestik
  Nampaknya isu cermin gelap masih belum berakhir walaupun pihak JPJ sudah pun mengumumkan polisi…